Wednesday, December 29, 2010

Menaikkan Seri Wajah Pengantin

Adalah menjadi keutamaan mana-mana pengantin perempuan untuk kelihatan menarik dan jelita di hari perkahwinan mereka. Samada melalui teknik andaman dan solekan yang betul mahu pun dengan berpakaian pengantin yang indah dan menawan, semuanya akan diambil-kira oleh mana-mana raja sehari bagi memastikan dirinya menjadi tarikan utama di hari berbahagia tersebut.

Masih terdapat amalan petua orang-orang lama bagi menaikkan seri wajah pengantin di hari bersejarah tersebut. Caranya cukup mudah dan ringkas.

Caranya :-
44 hari sebelum tarikh perkahwinan, amalkan diri dengan memakan sekuntum bunga mawar , kelopak demi kelopak setiap hari. Di mulakan dengan segelas air putih dan kalimah bismillah serta selawat ke atas Nabi, anda boleh memakan sekuntum bunga mawar itu bagi setiap hari sehinggalah menjelang hari bersejarah anda. Walaupun bunga mawar agak mahal, tetapi hasilnya adalah berbaloi. Cubalah !

30 hari sebelum hari perkahwinan – Daun sirih mempunyai pelbagai khasiat yang tersendiri. Ambil segenggam daun sirih yang agak besar saiznya dan rebuskan ia di dalam air putih buat beberapa minit sehingga warna air agak berubah kehijauan. Gunakan air rebusan tersebut untuk mencuci wajah anda setiap hari. Biarkan di muka seketika, kemudian bilaskan dengan air sejuk. Ia mampu mengelakkan jerawat atau ruam-ruam kecil di muka sekaligus menaikkan seri wajah. Air rebusan ini juga berfungsi sebagai “Feminine Hygiene Cleanser” yang sangat baik. Cubalah.

Akhir sekali, amalkan petua-petua tersebut berserta amalan-amalan moden yang lain. Pastikan anda memulakan perawatan wajah di salun-salun kecantikan selewat-lewatnya 3 bulan sebelum tarikh perkahwinan anda. Ia akan menunjukkan hasil yang sangat memuaskan. Pastikan juga anda memilih warna baju persandingan yang bersesuaian dengan wajah anda bagi menaikkan seri wajah anda. Contohnya, Wardina mungkin cantik berbaju ungu di hari perkahwinannya, tetapi anda mungkin sebaliknya ! Jadi, buat pilihan yang bijak.

Tuesday, December 14, 2010

Kebaikan Bersauna

Terdapat banyak kebaikan dari segi kesihatan apabila kita bersauna. Tahukah anda mengapa bersauna baik untuk kesihatan kita?

Semasa bersauna, kadar pernafasan dan denyut nadi akan meningkat daripada 75 denyut seminit kepada 100-150 seminit semasa lebih kurang 15-20 minit mandi wap. Apabila ini berlaku, ia akan meningkatkan kadar peredaran (bukan tekanan darah) kerana haba dari wap air akan mengembangkan saluran darah untuk menampung peningkatan pengaliran darah ke seluruh badan.

Proses ini akan membolehkan badan mengagihkan lebih banyak zat/ nutrient terutamanya kepada bahagian kulit dan menggantikan sel-sel yang telah mati. Oleh itu, kesan yang amat ketara sekali adalah anda akan kelihatan lebih segar / muda selama beberapa jam setelah anda mandi wap.

Dengan bersauna, kesan panasnya akan melegakan otot-otot yang boleh menghilangkan sengal-sengal, bisa dan kebas-kebas tubuh badan.

Antara kebaikan sauna yang lain adalah sauna dapat membuka rongga roma, mengeluarkan segala kekotoran atau toksin dalam kulit, menjadikan kulit anda lebih sihat dan menjadikan rambut bertambah segar, lebat dan berupaya untuk menghilangkan kelemumur.

Wap juga akan masuk ke rongga pernafasan dan terus ke system perjalanan darah atau fungsi organ memberi kesan yang baik kepada badan. Dari aspek perubatan, wap yang masuk melalui rongga pernafasan ini amat baik untuk rawatan resdung (sinus), bronchitis (radang paru-paru) alahan dan asma (lelah).

Khasiat – kasiat lain adalah

1) Melancarkan perjalanan darah dan menguatkan system imunisasi badan .

2) Baik untuk bertangas selepas bersalin, mengembalikan bentuk tubuh badan dan menambah susu badan serta mencairkan lemak.

3) Menggantikan sel-sel yang telah mati dan memberi kesegaran kepada kulit.

4) Terbaik ialah menghilangkan stress dan menjadikan anda sentiasa kelihatan segar dan muda

Sunday, December 12, 2010

Update Info.. (Aktiviti Terbaru)









Maaf tidak berkesempatan meng'update' blog...


Disini kami ingin merakamkan sekalung tahniah buat pasangan yang melangsungkan pertunangan yang dikelolakan sepenuhnya oleh kami..

Wednesday, May 5, 2010

PROMOSI ISTIMEWA 2010 ( KATERING) Minimum 800 PAX [ TEST FOOD PERCUMA]

Menu Asas

  • Nasi Beriani BSPP
  • Nasi Putih
  • Ayam Masak Merah
  • Daging Beriani BSPP
  • Dalca
  • Acar Buah
  • Papadom
  • Minuman Kordial
  • Air Mineral
  • 2 Jenis Pencuci Mulut
  • Buah-Buahan
Set Hidangan Pengantin
  • Ayam Golek
  • Ikan Sweet & Sour
  • Udang Panjat
  • Puding Koktel
  • Buah-Buahan
  • Minuman kordial
  • Air mineral
  • Pelayan Sajian
  • Set Pinggan & Mangkuk
  • PERCUMA : 1 Menu Istimewa Dari BSPP Katering

PAKEJ BUDGET [RM7.80] - Penghantaran Percuma sekitar Lembah Klang
  • Menu Asas
  • Peralatan Pinggan & Mangkuk
  • PERCUMA : Kek Pengantin [2 Tingkat]
Tempahan 1000 PAX ke atas, Percuma 1 Set hidangan Pengantin


PAKEJ ECO [RM9.50]
  • Menu Asas
  • Pelayan Sajian
  • Hidangan Pengantin
  • 2 Set Hidangan VVIP
  • PERCUMA : Kek Pengantin [3 Tingkat]
Tempahan 1000 PAX ke atas, Percuma "Coffee Corner " [ Kopi dan Teh Panas]

PAKEJ DEWAN [RM12.00]
  • Menu Asas
  • Pelayan Sajian
  • Hidangan Pengantin
  • 4 Set Hidangan VVIP
  • 1 Set Meja Makan Beradap
  • 2 Set Meja Buffet
  • 1 Set Meja Hadiah
  • 26 Set Meja Makan Tetamu
  • PERCUMA : Fotografi @ Rakaman Video
  • PERCUMA : Kek Pengantin [3 Tingkat]
Tempahan 1000 PAX ke atas, Percuma Sambal Tumis Sotong

PAKEJ EKSLUSIF [RM14.00]
  • Menu Asas
  • Pelayan Sajian
  • Hidangan Pengantin
  • 4 Set Hidangan VVIP
  • 1 Set Kanopi Pengantin [Arabic style]
  • 4 Set Kanopi Tetamu [Arabic Style]
  • PERCUMA : Fotografi @ Rakaman Video
  • PERCUMA : Kek Pengantin [3 Tingkat]
Tempahan 1000 PAX ke atas, Percuma Sambal Tumis Sotong

PERHATIAN : Tempahan hendaklah dibuat selewat-lewatnya 7 minggu Dari Tarikh Majlis berlangsung. Kerjasama Anda Amat Kami Hargai. Terima Kasih

Doorgift Unik Bunga Kristal











Dapatkan Doorgift terbaru menggunakan kristal, Gubahan yang sememangnya UNIK dan menjanjikan Kepuasan ANDA!!!!

Hanya RM6/unit
Tempahan Minima : 50 unit
Tempahan Melebihi 1000 Unit akan diberi diskaun
(Warna boleh diubah mengikut tema majlis)

Tuesday, May 4, 2010

MAJLIS PERKAHWINAN AKMA & YUSOF - 1.5.2010












Sekitar Majlis Perkahwinan Akma & Yusof yang berlangsung di Restaurant Wadi Hadramawat di Jalan Ampang pada 1.5.2010. Terima Kasih dari pihak kami Butik Seri Pesona Pengantin kepada pihak pengantin perempuan & lelaki kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk mengendalikan serta menjayakan majlis ini.

Tuesday, April 27, 2010

Makeup Range (New)

Kami menyediakan perkhidmatan dalam solekan khusus untuk majlis-majlis tertentu yang bakal anda hadiri. Untuk memudahkan anda, Pihak Seri Pesona Pengantin telah menyediakan senarai harga bagi touch-up makeup sahaja seperti berikut :

Majlis Pertunangan - RM150
Majlis Pernikahan - RM180
Majlis Persandingan - RM200
Makeup Artis (Pernikahan@Persandingan) - RM300 [Booking Awal]
Majlis Keraian @ Pengapit - RM90
Photoshot - RM150
Dinner - RM90
Dinner (Student Price) - RM60
Make Over - RM90
Make Over (Student Price) - RM60

Friday, April 16, 2010

Doorgift Bunga Kristal





Bunga kristal ini adalah produk terbaru yang dikeluarkan oleh pihak Seri Pesona Pengantin. Pelbagai gubahan yang telah dihasilkan daripada kristal antaranya termasuklah bunga telur, bunga tangan, bekas gula-gula dan macam-macam lagi.. kami juga memberi peluang kepada anda untuk memilih design serta tema sendiri. Minima tempahan adalah 50 unit. Harga untuk satu unit adalah bergantung kepada saiz bunga kristal pilihan anda... Harga bermula dari RM5.00 seunit

Wednesday, April 14, 2010

Dulang Hantaran & Alas Untuk Disewa

Lapik Tangan
Bekas Bunga Pahar
Bantal Nikah








Dulang Biasa
Dulang Kerawang Buah
Dulang Kerawang



Menerima tempahan gubahan hantaran serendah Rm35-RM50. Kami juga menyediakan alas dan dulang yang boleh disewa mengikut tema perkahwinan anda.

Harga Sewaan


Alas: RM3 sepasang
Dulang Biasa : RM5/unit
Dulang Kerawang / Buah: RM10/unit
Bantal Nikah: RM30/ unit
Lapik Tangan : RM15/ unit
Bekas Bunga Pahar: RM10/ unit

Tuesday, April 6, 2010

ANTARA BAJU PERSALINAN DARI BUTIK SERI PESONA PENGANTIN




Baju Spanish yang digayakan oleh model Seri Pesona Pengantin. Antara baju-baju persalinan yang disediakan oleh butik kami termasuklah persalinan dari Vietnam, Maharani China & English Gown. Baju-baju persalinan yang pastinya sesuai untuk semua saiz kerana baju-baju persalinan kami mempunyai double zip. Apa tunggu lagi? Gayakanlah baju persalinan dari butik kami yang semestinya akan menjadi kenangan seumur hidup anda.

Sunday, April 4, 2010

PERTUNANGAN IMA & HAIKAL - 4 APRIL 2010



Sentuhan solekan & andaman dari Butik Seri Pesona Pengantin sempena majlis pertunangan Ima & Haikal yang berlangsung di Pudu Ulu, Kuala Lumpur pada 4 April 2010.